Memasuki fasa peralihan ke endemik, kerajaan tidak lagi bercadang untuk kenakan sekatan secara besar-besaran dalam soal pengurusan COVID-19, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.<br /><br />Dalam kenyataan media sempena mesyuarat terakhir Menteri Kuartet, beliau berkata, pelaksanaan satu prosedur operasi standard, dan sembilan garis panduan adalah memadai, sekiranya ia diamal sebaik mungkin.
